KUANTAN: Polis meminta orang ramai untuk berwaspada dengan taktik penipu yang menyamar sebagai pegawai polis bagi meminta sumbangan wang tunai menerusi panggilan telefon atau pesanan WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan di sini semalam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penipuan itu yang kononnya sumbangan terbabit akan digunakan bagi penganjuran program melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu.
"Suspek dikatakan memperkenalkan diri sebagai Tuan Nik atau Tuan Syukri serta menggunakan gambar profil lelaki mengenakan pakaian seragam polis. Suspek didapati menjadikan ahli perniagaan di sekitar Bentong sebagai sasaran," katanya.
Zaiham berkata suspek juga didapati menggunakan tiga akaun bank berbeza untuk mangsa memberikan sumbangan.
Sehubungan itu, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Beliau juga meminta mereka yang menerima panggilan atau pesanan serupa untuk menghubungi IPD Bentong menerusi talian 09-2222222 atau ke balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
Zaiham berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - Gambar fail/Facebook IPD Bentong
AWANI Ringkas: Menteri ingatkan jangan ambil tindakan ekstrem
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan, tewaskan China
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa pada Sabtu.
Zon Selamat didakwa Israel adalah palsu - UNRWA
Dakwaan rejin Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan kata Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam kenyataan pada Sabtu.
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
JAINJ tingkat pemantauan penyebaran ajaran sesat
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram susulan insiden serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.
Pemasang jubin rugi RM29,000 terpedaya 'Love Scam'
Perkenalan singkat dengan seorang wanita menerusi media sosial membawa padah kepada pemasang jubin apabila terjerat dengan sindiket "Love Scam" sehingga wang simpanannya berjumlah RM29,000 lesap.
Malaysia akan terus sokong Palestin
Malaysia akan terus kekal menyokong perjuangan rakyat Palestin biarpun menerima ancaman bom di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru semalam berikutan sokongan negara terhadap Palestin.
PM Anwar terima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud pada Khamis.
Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pensyarah wanita kerugian lebih RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon, baru-baru ini.
Waspada taktik menyamar pegawai polis mohon sumbangan
Polis Daerah Bentong menerima laporan, sumbangan terbabit kononnya akan digunakan bagi penganjuran program melibatkan IPD itu.
Simpanan KWSP dan peribadi lesap, wanita rugi hampir RM1.2 juta
Seorang wanita berusia 55 tahun mengalami kerugian RM1.18 juta apabila menjadi mangsa penipuan penyamaran menerusi panggilan telefon.
Kakitangan kerajaan rugi RM852,000
Seorang kakitangan kerajaan kerugian RM852,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket menggunakan taktik panggilan telefon yang menyamar pegawai insurans, pegawai mahkamah dan polis.
Jangan terpedaya panggilan telefon guna nama K-KOMM
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menggunakan nama K-KOMM.
PM Ismail Sabri dan PM Jepun Kishida berkongsi pandangan akan isu serantau dan antarabangsa
Kedua-dua pemimpin menyentuh mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa.